OFFICIAL WEBSITE SCOUTSJB

Johor Scout Carbon Free Fun Run & Carnival 2024 (J-SCAFF) In conjunction with Malaysia Scout Day 2024

Larian Tanpa Karbon & Karnival Pengakap Negeri Johor 2024 bersempena Hari Pengakap Malaysia 2024

(J-SCAFF 2024)

                                       Anjuran
        PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
                                NEGERI JOHOR

  Kategori program

  1. Larian santai

  2. Skuter

  3. Berbasikal

  4. Aktiviti & Karnival bersempena Hari Pengakap Malaysia.

OBJEKTIF PROGRAM INI UNTUK :

- Meningkatkan kesedaran tentang kesan penggunaan karbon terhadap alam sekitar dengan menganjurkan larian tanpa karbon.

- Memupuk budaya kelestarian alam dalam kalangan peserta dan masyarakat dengan menyediakan platform untuk amalan yang mesra alam.

- Mempromosikan gaya hidup sihat dan aktif melalui penyertaan dalam aktiviti larian.

- Meningkatkan kefasihan dan kepimpinan dalam kalangan anggota Pengakap melalui penyelenggaraan Karnival Pengakap Negeri Johor.

       Dengan Tema Program Sambutan Hari Pengakap Malaysia & Zero Karbon, pada Tarikh 14 September 2024. Yang berlokasi di Bandaraya Johor Bahru, Anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor. Peringkat Negeri Johor Darul Takzim.

PROGRAM GABUNGAN

  • Program Zero Karbon adalah satu inisiatif yang diadakan secara bersama- sama oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru dan OCBC Bank dengan matlamat menggalakkan kesedaran dan amalan untuk mengurangkan jejak karbon dalam aktiviti harian.

  • Melalui program ini, peserta akan diberi peluang untuk menyertai larian, scooter, berbasikal tanpa karbon yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kesan penggunaan karbon terhadap alam sekitar serta mendorong pengurangan pengeluaran karbon dalam kehidupan seharian.

  • Acara gabungan ini adalah satu acara berskala besar yang dijangka memberikan impak maksimum kepada semua peserta yang turut serta. Ini kerana ia melibatkan Pemimpin dan Ahli Pengakap dari seluruh Negeri Johor, Guru-guru, penglibatan Ibu Bapa serta Penjaga, Kakitangan Awam dan Swasta, Badan NGO, orang awam, dan pelancong dari serata tempat.

  • Selain itu, program ini juga bertujuan untuk menyokong transformasi ke arah gaya hidup yang lebih mesra alam dan menyumbang kepada usaha untuk memelihara alam sekitar untuk generasi akan datang. Diharapkan program ini dapat memberi impak positif kepada masyarakat setempat serta memupuk budaya kelestarian alam dalam kalangan peserta.

BUTIRAN PROGRAM

Acara : Larian Tanpa Karbon & Karnival Pengakap Negeri Johor 2024 bersempena Hari Pengakap Malaysia 2024 

Tarikh : 14 September 2024 (Sabtu)

Tempat : Hadapan Pejabat Pos Besar, Johor Bahru, Johor.

Jumlah Hadiah : RM 1,000.00 (5 Cabutan Bertuah)

Penyertaan : Ahli Pengakap dan Orang Awam

Kutipan Yuran : RM8 seorang (Sijil, Lencana, Roti dan Air) + RM1.50 (Caj Pemprosesan)

Peserta boleh meletakkan kenderaan di sekitar Jalan Syed Mohamed Mufti (belakang bangunan JOTIC), kawasan parkir sebelah Bangunan Tabung Haji & Wisma Persekutuan, kawasan parkir Galleria@Kotaraya, parkir Laman Tun Sri Lanang, JB Waterfront Lot 1, parkir Penjara Ayer Molek sebelum jam 6.45 pagi.

                           TENTATIF PROGRAM

                                       

                                         TRACK

 

     

Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor amat mengharapkan sokongan daripada semua pihak bagi menjayakan program J-SCAFF 2024 yang julung-julung kali diadakan ini. Semoga objektif program ini akan tercapai dalam membantu meningkatkan minat ahli pengakap dalam bidang memelihara alam sekitar.